TERMA DAN SYARAT UNTUK “KEMPEN TESTIMONI i-LEARN Ace”
MindTech Education Sdn Bhd No.: 201501024652 (1149981-U) (“Penganjur”) telah melancarkan “Kempen Testimoni i-LEARN Ace” (“Kempen”) yang bertujuan untuk mengumpul testimoni-testimoni pengguna i-LEARN Ace.
1. Tempoh
1.1. Tempoh kempen ini dijalankan adalah dari 26 November 2019 hingga 31 Disember 2019.
2. Kelayakan
2.1. Pendaftaran terbuka kepada semua pengedar MindTech Education yang menjual atau/dan menggunakan produk i-LEARN Ace (“Peserta”) yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2019 (UPSR) atau Pentaksiran Tingkatan Tiga 2019 (PT3).
3. Penyerahan
3.1. Peserta perlu menghantar maklumat peribadi yang sah seperti yang berikut: nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan akaun ID i-LEARN Ace.
3.2. Peserta perlu menghantar testimoni pengguna secara bertulis (maksimum 100 patah perkataan)bersama gambar pengguna dan keputusan UPSR 2019 atau PT3 2019 pengguna.
3.3 Testimoni Peserta perlu menjelaskan bagaimana i-LEARN Ace telah membantu pengguna dalam pencapaian dan kemajuan akademik dan apa yang pengguna suka tentang i-LEARN Ace dan mengapa.
3.4. Jumlah penyertaan bagi setiap Peserta tiada had.
3.5. Informasi dan bahan penyerahan yang dinyatakan dalam 3.1, 3.2 dan 3.3 hendaklah dihantar ke enquiry@ilearnace.com, laman Facebook di iLEARN Ace atau WhatsApp MindTech Education di +6012-9813391 pada atau sebelum tarikh tutup iaitu pada 31 Disember 2019.
4. Hadiah
4.1. Sebanyak 30 (tiga puluh) pemenang daripada semua entri UPSR 2019 dan PT3 2019 akan dipilih berdasarkan penilaian testimoni oleh para pengadil penganjur.
4.2. Setiap entri testimoni pengguna UPSR 2019 terbaik akan menerima wang tunai RM100.
4.3. Setiap entri testimony pengguna PT3 2019 terbaik akan menerima wang tunai RM150.
4.4. Senari pemenang akan diumumkan di laman Facebook kami, iaitu iLEARN Ace atau di laman sesawang MindTech Education, iaitu www.mindtechedu.com pada halaman “Berita Terkini & Acara”, dalam tempoh 20 hari pada bulan seterusnya.
4.5. Selepas pemenang diumum, para pemenang boleh menebus hadiahnya di pejabat MindTech Education, iaitu di L1-9, Cova Square, Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan mengikut jam kerja yang biasa.
4.6. Keputusan pengadil penganjur adalah muktamad.
5. Liabiliti dan Tanggungjawab
5.1. Pendaftaran selepas tarikh tutup tidak akan diterima atau dilayan.
5.2. Dengan menyertai kempen ini, Peserta dianggap BERSETUJU untuk mematuhi semua Terma dan Syarat di sini.
5.3. Penganjur berhak untuk menukar, mengubah, menambah, atau mengeluarkan mana-mana bahagian daripada Terma dan Syarat yang digunakan pada bila-bila masa tanpa memberikan notis kepada Peserta dan Peserta bersetuju untuk mematuhi pertukaran tersebut.
5.4. Penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
5.5. Pihak penganjur berhak untuk tidak memilih mana-mana pemenang oleh kerana apa-apa keadaan yang mungkin menyebabkan kegagalan kempen tanpa memberi sebarang penjelasan.
5.6. Pemenang tidak boleh menghantar wakil untuk menerima hadiah bagi pihak pemenang.
5.7. Jika terdapat sebarang percanggahan dalam pemilihan pemenang, pihak penganjur mempunyai kuasa untuk membuat keputusan muktamad.
5.8. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa jua keadaan bagi sebarang kehilangan, kerosakan, cubaan untuk merosakkan, kecurian atau perubahan terhadap hadiah-hadiah selepas pemberian hadiah kepada pemenang.
6. Perlindungan Data Peribadi
6.1. Dengan menyertai kempen ini, pengguna i-LEARN Ace yang memberi testimoni dan Peserta BERSETUJU dengan Dasar Privasi dan Perlindungang Data Peribadi MindTech Education yang dapat dirujuk di laman sesawang MindTech Education, iaitu di https://www.mindtechedu.com/privacy-policy/. Pengguna i-LEARN Ace yang memberi testimony dan Peserta dianggap telah memberikan kebenaran kepada penganjur untuk memproses data peribadi dan bahan penyerahan Peserta sebagai bahan untuk tujuan kempen ini, pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti dan pengguna yang memberi testimony atau Peserta tidak berhak untuk membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.
6.2. Pihak penganjur boleh melantik pihak ketiga untuk memproses butir-butir peribadi Peserta. Semua pihak ketiga wajib untuk mengambil langkah yang relevan untuk memastikan maklumat Peserta selamat dan tidak menyalahgunakan maklumat peribadi Peserta untuk kegunaan lain selain daripada yang telah dinyatakan di sini dan dalam polisi privasi kami di https://www.mindtechedu.com/privacy-policy/.
6.3. Dalam situasi undang-undang membenarkannya, anda berhak untuk memohon akses, salinan, kemas kini atau pembetulan maklumat peribadi yang kami miliki. Segala permohonan dan soalan bertulis perlu dihantar ke MindTech Education Sdn Bhd, L1-9 & 10 Cova Square, Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor 1, 47810, Petaling Jaya, Selangor atau menerusi eenquiry@ilearnace.com.
6.4. Untuk penerangan yang lebih terperinci tentang polisi privasi kami, sila rujuk perkara tersebut di https://www.mindtechedu.com/privacy-policy/. Kami berhak untuk mengemas kini dan meminda notis privasi atau polisi privasi ini dari semasa ke semasa.