+603-6145 1188

Berjaya Dapat Keputusan Cemerlang dalam SPM 2020 Dengan Bantuan i-Learn Ace?

MindTech Education Sdn Bhd (201501024652) (“Penganjur”) telah melancarkan “Kempen Testimoni i-LEARN Ace 2021” (“Kempen”) yang bertujuan untuk mengumpul testimoni-testimoni pengguna i-LEARN Ace.

1. Tempoh
1.1. Tempoh kempen ini dijalankan adalah dari 27 Jun 2021 hingga 30 Julai 2021.

2. Kelayakan
2.1. Pendaftaran terbuka kepada semua pengguna i-LEARN Ace yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 (SPM) (“Peserta”).

3. Penyerahan
3.1. Peserta perlu mengisi maklumat peribadi seperti yang berikut: nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan akaun ID i-LEARN Ace melalui borang penyertaan di bawah.
3.2. Peserta perlu muat naik testimoni pengguna secara bertulis (maksimum 150 patah perkataan) bersama gambar dan slip keputusan peperiksaan SPM secara dalam talian melalui borang penyertaan di bawah.
3.3 Testimoni Peserta perlu menjelaskan bagaimana dan mengapa i-LEARN Ace telah membantu Peserta dalam pencapaian dan kemajuan akademik Peserta.
3.4 Kongsikan posting pada akaun media sosial masing-masing dan sertakan #iLEARNAce.
3.5. Jumlah penyertaan bagi setiap Peserta tiada had.
3.6. Informasi dan bahan penyerahan yang dinyatakan dalam 3.1, 3.2, 3.3 dan 3.4 hendaklah dihantar melalui borang penyertaan di bawah pada atau sebelum tarikh tutup iaitu pada 30 Julai 2021.

4. Hadiah
4.1. Sebanyak 3 hadiah utama dan 30 hadiah penghargaan disediakan dan pemenang akan dipilih berdasarkan pencapaian SPM dan penilaian testimoni oleh para pengadil penganjur.
4.2. 3 Peserta yang beroleh sekurang-kurangnya 5A dan menghantar entri testimoni pengguna terbaik berpeluang merebut hadiah utama wang tunai bernilai RM3,000 (Emas), RM2,000 (Perak), RM1,000 (Gangsa).
4.3. 30 Peserta berpeluang merebut hadiah penghargaan wang tunai RM200 setiap orang.
4.4. Senarai pemenang akan diumumkan di laman-laman Facebook kami, iaitu @iLEARNAce dan @MindTechEducation, dan di laman sesawang MindTech Education, iaitu www.mindtechedu.com pada halaman “Berita Terkini & Acara”, sebelum 10 Ogos 2021.
4.5. Selepas pemenang diumum, para pemenang boleh menebus hadiahnya di pejabat MindTech Education, iaitu di L1-9, Cova Square, Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan mengikut jam kerja yang biasa.
4.6. Keputusan pengadil penganjur adalah muktamad.

5. Liabiliti dan Tanggungjawab
5.1. Pendaftaran selepas tarikh tutup tidak akan diterima atau dilayan.
5.2. Dengan menyertai kempen ini, Peserta dianggap BERSETUJU untuk mematuhi semua Terma dan Syarat di sini.
5.3. Penganjur berhak untuk menukar, mengubah, menambah, atau mengeluarkan mana-mana bahagian daripada Terma dan Syarat yang digunakan pada bila-bila masa tanpa memberikan notis kepada Peserta dan Peserta bersetuju untuk mematuhi pertukaran tersebut.
5.4. Penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
5.5. Pihak penganjur berhak untuk tidak memilih mana-mana pemenang oleh kerana apa-apa keadaan yang mungkin menyebabkan kegagalan kempen tanpa memberi sebarang penjelasan.
5.6. Pemenang tidak boleh menghantar wakil untuk menerima hadiah bagi pihak pemenang.
5.7. Jika terdapat sebarang percanggahan dalam pemilihan pemenang, pihak penganjur mempunyai kuasa untuk membuat keputusan muktamad.
5.8. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa jua keadaan bagi sebarang kehilangan, kerosakan, cubaan untuk merosakkan, kecurian atau perubahan terhadap hadiah-hadiah selepas pemberian hadiah kepada pemenang.

6. Perlindungan Data Peribadi
6.1. Dengan menyertai kempen ini, pengguna i-LEARN Ace yang memberi testimoni dan Peserta BERSETUJU dengan Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi MindTech Education yang dapat dirujuk di laman sesawang MindTech Education, iaitu di https://www.mindtechedu.com/privacy-policy/. Pengguna i-LEARN Ace yang memberi testimoni dan Peserta dianggap telah memberikan kebenaran kepada penganjur untuk memproses data peribadi dan bahan penyerahan Peserta sebagai bahan untuk tujuan kempen ini, pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti dan pengguna yang memberi testimony atau Peserta tidak berhak untuk membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.
6.2. Pihak penganjur boleh melantik pihak ketiga untuk memproses butir-butir peribadi Peserta. Semua pihak ketiga wajib untuk mengambil langkah yang relevan untuk memastikan maklumat Peserta selamat dan tidak menyalahgunakan maklumat peribadi Peserta untuk kegunaan lain selain daripada yang telah dinyatakan di sini dan dalam polisi privasi kami di https://www.mindtechedu.com/privacy-policy/.
6.3. Dalam situasi undang-undang membenarkannya, anda berhak untuk memohon akses, salinan, kemas kini atau pembetulan maklumat peribadi yang kami miliki. Segala permohonan dan soalan bertulis perlu dihantar ke MindTech Education Sdn Bhd, L1-9 & 10 Cova Square, Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor 1, 47810, Petaling Jaya, Selangor atau menerusi enquiry@ilearnace.com.
6.4. Untuk penerangan yang lebih terperinci tentang polisi privasi kami, sila rujuk perkara tersebut di https://www.mindtechedu.com/privacy-policy/. Kami berhak untuk mengemas kini dan meminda notis privasi atau polisi privasi ini dari semasa ke semasa.