SET SIMPLE MACHINES (LEGO EDUCATION)

★★★★★  |  LE0001

Penebusan Mata : 613

Mesin mempengaruhi kehidupan harian kita. Apabila pelajar memahami cara mesin dibina, mereka dapat menggunakan pengetahuan tersebut untuk meningkatkan atau mencipta mesin baharu.

Set Simple Machines LEGO Education terdiri daripada bongkah-bongkah dan unsur-unsur yang dapat digunakan untuk mengajar pelajar tentang cara dunia ini bekerja dengan menggunakan mesin ringkas. Alat amali (hands on) yang menarik ini dapat memperkenalkan prinsip-prinsip asas di balik gear, roda, gandar, tuil dan kapi kepada pelajar selain meletakkan asas bagi pengajian lanjutan tentang sains dan kejuruteraan.

Set Simple Machines ini menampilkan 16 model prinsipal, empat model utama dan empat model penyelesaian masalah yang membolehkan pelajar menyelidik dan memahami operasi mesin ringkas dan majmuk yang dapat ditemukan dalam kehidupan sehari-hari.

NILAI UTAMA PEMBELAJARAN

  • Memerhatikan dan menyelidik mesin ringkas, gear, roda dan gandar, tuil dan kapi
  • Mengikuti ringkasan reka bentuk sebagai sebahagian daripada proses reka bentuk kejuruteraan
  • Menyelidik dan bekerja melalui pemerhatian, pemikiran, ramalan, gambaran dan pemikiran kritis

BACK   |   VIEW NEXT