i-LEARN Ace Junior

i-LEARN Ace Junior ialah platform keterlibatan pembelajaran yang direka untuk memupuk perkembangan intelek, rohani, dan emosi anak-anak dari Tahun 1 hingga 3. Platform ini juga dibina untuk mengintegrasikan ibu bapa atau penjaga ke dalam ekosistem pembelajaran anak-anak pada peringkat perkembangan yang penting ini.

CIRI UTAMA:

  • Mempertingkatkan Pembelajaran Abad ke-21
    Platform dinamik yang dapat mempertingkatkan pembelajaran abad ke-21 dan kemahiran abad ke-21. Selain itu, platform ini juga dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, dan emosi.
  • Menggalakkan Keterlibatan
    Platform menarik yang melibatkan anak dan menggalakkan pelibatan ibu bapa atau penjaga dalam proses pembelajaran anak.
  • Meraikan Pencapaian
    Program sofistikated yang menyediakan ganjaran menarik untuk memotivasikan anak dalam proses pembelajaran.

CIRI :

  • AKTIVITI
    • Kandungan aktiviti berasaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan dan kurikulum ekstra yang berwibawa dan komprehensif.
    • Kandungan berteraskan elemen penilaian semasa dan kemahiran dalam standard pembelajaran terkini.
    • Nota, video, audio, praktis, dan penilaian dalam bentuk digital yang menarik dan menyeronokkan.
    • Aktiviti harian diberi secara automatik mengikut jadual pembelajaran sekolah.
  • PELIBATAN
    • Menggalakkan pelibatan ibu bapa/penjaga yang lebih efektif dalam proses pembelajaran anak.
    • Membolehkan ibu bapa/penjaga menghasilkan dan menugaskan pelbagai aktiviti kepada anak dan berinteraksi dengan mereka dengan mudahnya.
  • KEMAJUAN
    • Rekod pencapaian yang jelas dan komprehensif.
    • Perekodan automatik untuk aktiviti dan penilaian yang telah diselesaikan.
    • Fungsi yang membolehkan ibu bapa/penjaga mengenal pasti kelemahan anak dan mengambil tindakan untuk meningkatkan prestasi mereka secara progresif.
  • GANJARAN
    • Permainan simulasi dalam talian untuk mengembangkan daya kreativiti anak.
    • Ganjaran akan diberi setelah anak menyiapkan aktiviti yang diberikan.
    • Sistem ganjaran unik yang disertakan dengan kad kemajuan dan pingat pencapaian dapat merangsang anak untuk belajar dan menyiapkan aktiviti yang disediakan.

PAKEJ :

i-LEARN Ace Junior 365 (J-365)

★★★★★  |  MT0006

Harga Runcit           : RM 385.00
Harga Ahli               : RM 350.00
Penebusan Mata    : 350
Bonus Value (BV)   : 280

BACK   |   VIEW NEXT