BANTAL SENAMAN PELVIS HYPER

★★★★  |  GH0001

* Out of Stock

Bantal Senaman Pelvis HYPER yang diimport dari Jepun merupakan produk yang berkesan untuk membetulkan gangguan pelvis dan menggalakkan kesan pelangsingan badan.

Dibangunkan oleh pakar akupunktur Jepun, iaitu Toshiki Fukutsuji, bantal HYPER merupakan bantal silinder yang digunakan untuk latihan regangan khusus untuk bahagian bawah belakang. Hal ini demikian kerana aktiviti harian mungkin menyebabkan postur menjadi lemah sehingga mengakibatkan gangguan pelvis yang memberikan kesan terhadap kesihatan dan kadar metabolisme tubuh. Lebih menakutkan, gangguan pelvis juga didapati penyebab sakit bahagian bawah belakang.

Apabila kedudukan pelvis terganggu, organ-organ di sekitar kawasan itu akan berubah atau terturun. Hal yang demikian memberikan kesan terhadap fungsi dan keupayaan badan untuk membakar lemak.

Bantal Senaman Pelvis HYPER direka khusus untuk:

  • Membetulkan postur badan
  • Melancarkan peredaran darah dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh
  • Mengurangkan lemak badan yang berlebihan, seterusnya meratakan perut dan menurunkan berat badan

BACK   |   VIEW NEXT