BRIGHT START ENGLISH STARTER – 1 Set

BS0001

Harga Runcit          : RM38.50
Penebusan Mata    : 35
Bonus Value (BV)  : 28

BRIGHT START ENGLISH STARTER – 5 Percuma 1

BS0002

Harga Rincit           : RM193
Penebusan Mata    : 175
Bonus Value (BV)  : 140

Bright Start English Starter Package direka khusus sebagai bahan pembelajaran awal yang lengkap untuk murid-murid mempelajari bahasa Inggeris. Pakej ini direka sedemikian untuk membolehkan murid-murid belajar, membina dan mengukuhkan kemahiran berbahasa mereka. Bahan dalam pakej ini mengandungiidea-idea yang bernas untuk memberikan inspirasi kepada murid-murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis.

Kandungan:

  • Ilustrasi yang berwarna-warni untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan
  • Pelbagai aktiviti untuk mengukuhkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
  • Aplikasi mudah alih percuma dengan kandungan multimedia untuk meningkatkan kualiti pembelajaran

Tentang Pakej

Pakej The Bright Start terdiri daripada Buku Teks dan Buku Aktiviti. Pakej ini direka khusus untuk menyediakan permulaan yang mantap kepada murid-murid untuk mempelajari bahasa Inggeris. Buku-buku yang disediakan meliputi pelbagai topik dan menggabungkan ciri seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), peta pemikiran, dan Pembelajaran Integrasi Kandungan dan Bahasa (CLIL). Pakej ini juga menyediakan aplikasi mudah alih yang bertujuan untuk meningkatkan hasil pembelajaran.

Buku Teks

Kandungan buku teks ini meliputi modul mendengar dan bertutur, modul membaca dan modul seni bahasa.

Buku Aktiviti

Buku aktiviti dalam pakej ini dirancang dan ditulis selari dengan keperluan buku teks. Aktiviti-aktiviti yang disediakan bertujuan untuk memperkukuh pembelajaran yang terkandung dalam buku teks. Aktiviti-aktiviti tersebut meliputi modul penulisan yang dapat melatih kemahiran menulis murid. Modul ini dapat melengkapkan murid dengan kemahiran yang diperlukan seperti menggunakan bahasa yang sesuai, gaya dan kemahiran untuk menulis pelbagai jenis teks.

Walaupun pembelajaran teras dalam buku aktiviti ini berfokus pada kemahiran menulis namun kemahiran pembelajaran yang lain seperti mendengar dan bertutur, membaca dan seni bahasa turut ditekankan dalam modul aktivitinya.

Aplikasi Mudah Alih (Bright Start English Starter)

Bright Start English Starter

Aplikasi mudah alih percuma ini menyediakan pelbagai kandungan multimedia yang menarik bagi keseluruhan kandungan buku teks dan buku aktiviti yang dapat merevolusikan proses pembelajaran agar menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan. Teknologi yang dibangunkan dalam aplikasi mudah alih ini termasuklah imej 3D, animasi dan realiti berperantara (AR).

Imbas kod QR pada halaman dan muat turun aplikasi mudah alih Bright Start English Starter daripada Google Play dan Apple Store secara percuma.

.

BACK   |   VIEW NEXT