SIRI AUGMENTED REALITY (AR) – 5 judul dalam 1 set

★★★★  |  OB0001

Penebusan Mata : 228

Siri Augmented Reality (AR) merupakan himpunan judul yang dapat “menghidupkan” halaman buku dengan teknologi yang canggih. Siri AR ini diterbitkan dengan ilustrasi yang menarik dan bermutu tinggi. Buku-buku dalam siri ini merupakan bahan bacaan bermaklumat tentang dunia sains dan alam semula jadi yang disertakan dengan ciri istimewa – buku ini dapat menjanakan animasi 3D yang kelihatan nyata menerusi peranti mudah alih.

Penggunaan teknologi yang menggabungkan dunia nyata dan maya ini memberikan peluang kepada pembaca untuk melihat, mendengar dan berinteraksi dengan animasi 3D yang “muncul” daripada buku. Hal ini membolehkan pembaca menikmati bahan bacaan pada tahap baharu dengan pelibatan dan pemahaman yang jauh lebih baik.

Selain itu, pembaca dapat merakamkan gambar imej animasi tersebut dengan menggunakan fungsi kamera. Terdapat 5 judul dalam siri AR ini, iaitu Jurassic World, iSolar System, iScience, iStorm dan iRobot.

BACK   |   VIEW NEXT