TERMA DAN SYARAT UNTUK “KEMPEN PENGUMPULAN TESTIMONI”
MindTech Education Sdn Bhd (1149981-U)(AJL-932113)(“Penganjur”) telah melancarkan “Kempen Pengumpulan Testimoni” (“Kempen”) yang bertujuan untuk mengumpul testimoni-testimoni pengguna i-LEARN Ace.
1. Tempoh
1.1. Tempoh kempen ini dijalankan adalah dari 1 September 2018 hingga 31 Disember 2018.
2. Kelayakan
2.1. Pendaftaran terbuka kepada semua pengedar MindTech Education yang menjual atau/dan menggunakan produk i-LEARN Ace (“Peserta”).
3. Penyerahan
3.1. Peserta perlu menghantar maklumat peribadi yang sah seperti yang berikut: nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan nombor ahli MindTech Education.
3.2. Peserta perlu menghantar testimoni pengguna dalam format video (maksimum 3 minit) atau secara bertulis bersama gambar pengguna (maksimum 300 patah perkataan)
3.3 Testimoni Peserta perlu menjelaskan bagaimana i-LEARN Ace telah membantu pengguna dalam proses pembelajarannya untuk mencapai keputusan yang cemerlang atau bertambahbaik.
3.4. Jumlah penyertaan bagi setiap Peserta tiada had.
3.5. Informasi dan bahan penyerahan yang dinyatakan dalam 3.1, 3.2 dan 3.3 hendaklah dihantar ke campaigns@mindtechedu.com pada atau sebelum tarikh tutup setiap bulan, iaitu pada 30 September 2018, 31 Oktober 2018, 30 November 2018, dan 31 Disember 2018.
4. Hadiah
4.1. Sepanjang tempoh kempen ini, pihak penganjur menyediakan hadiah bulanan dan hadiah keseluruhan.
4.2. Sebanyak 5 (lima) pemenang bulanan akan dipilih berdasarkan penilaian testimoni oleh para pengadil penganjur.
4.3. Setiap pemenang bulanan akan menerima hadiah berupa kad i-LEARN Ace 180 hari bernilai RM182.
4.4. Sebanyak 5 (lima) pemenang keseluruhan akan dipilih daripada 20 (dua puluh) pemenang bulanan berdasarkan penilaian testimoni oleh para pengadil penganjur.
4.5. Setiap pemenang keseluruhan akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM500.
4.6. Senarai pemenang bulanan akan diumumkan di laman sesawang MindTech Education, iaitu www.mindtechedu.com pada halaman “Berita Terkini & Acara”, dalam tempoh 14 hari pada bulan seterusnya.
4.7 Pemenang keseluruhan akan diumumkan di laman sesawang MindTech Education, iaitu www.mindtechedu.com pada halaman “Berita Terkini & Acara” dalam tempoh 14 hari pada bulan Januari 2019.
4.8 Selepas pemenang diumum, para pemenang boleh menebus hadiahnya di pejabat MindTech Education, iaitu di L1-9, Cova Square, Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan mengikut jam kerja yang biasa.
4.9 Keputusan pengadil penganjur adalah muktamad.
5. Liabiliti dan Tanggungjawab
5.1. Pendaftaran selepas tarikh tutup tidak akan diterima atau dilayan.
5.2. Dengan menyertai kempen ini, Peserta dianggap BERSETUJU untuk mematuhi semua Terma dan Syarat di sini..
5.3. Penganjur berhak untuk menukar, mengubah, menambah, atau mengeluarkan mana-mana bahagian daripada Terma dan Syarat yang digunakan pada bila-bila masa tanpa memberikan notis kepada Peserta dan Peserta bersetuju untuk mematuhi pertukaran tersebut.
5.4. Penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
5.5. Pihak penganjur berhak untuk tidak memilih mana-mana pemenang bulanan dan / atau pemenang keseluruhan jika jumlah peserta kurang daripada syarat minimum iaitu sekurang-kurangnya 30 entri setiap bulan.
5.6. Pemenang tidak boleh menghantar wakil untuk menerima hadiah bagi pihak pemenang.
5.7. Jika terdapat sebarang percanggahan dalam pemilihan pemenang, pihak penganjur mempunyai kuasa untuk membuat keputusan muktamad.
5.8. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa jua keadaan bagi sebarang kehilangan, kerosakan, cubaan untuk merosakkan, kecurian atau perubahan terhadap hadiah-hadiah selepas pemberian hadiah kepada pemenang.
6. Perlindungan Data Peribadi
6.1. Dengan menyertai kempen ini, pengguna i-LEARN Ace yang memberi testimoni dan Peserta BERSETUJU dengan Dasar Privasi dan Perlindungang Data Peribadi MindTech Education yang dapat dirujuk di laman sesawang MindTech Education, iaitu di http://www.mindtechedu.com/privacy-policy/. Pengguna i-LEARN Ace yang memberi testimony dan Peserta dianggap telah memberikan kebenaran kepada penganjur untuk memproses data peribadi dan bahan penyerahan Peserta sebagai bahan untuk tujuan kempen ini, pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti dan pengguna yang memberi testimony atau Peserta tidak berhak untuk membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.
6.2. Pihak penganjur boleh melantik pihak ketiga untuk memproses butir-butir peribadi Peserta. Semua pihak ketiga wajib untuk mengambil langkah yang relevan untuk memastikan maklumat Peserta selamat dan tidak menyalahgunakan maklumat peribadi Peserta untuk kegunaan lain selain daripada yang telah dinyatakan di sini dan dalam polisi privasi kami di http://www.mindtechedu.com/privacy-policy/.
6.3. Dalam situasi undang-undang membenarkannya, anda berhak untuk memohon akses, salinan, kemas kini atau pembetulan maklumat peribadi yang kami miliki. Segala permohonan dan soalan bertulis perlu dihantar ke MindTech Education Sdn Bhd, L1-9 & 10 Cova Square, Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor 1, 47810, Petaling Jaya, Selangor atau menerusi campaigns@mindtechedu.com.
6.4. Untuk penerangan yang lebih terperinci tentang polisi privasi kami, sila rujuk perkara tersebut di http://www.mindtechedu.com/privacy-policy/. Kami berhak untuk mengemas kini dan meminda notis privasi atau polisi privasi ini dari semasa ke semasa.